Sabtu, 14 Julai 2018

3 Inap desa terbaik di kedah untuk penggemar suasana kampung




   Homestay atau inap desa kini menjadi produk pelancongan yang kian popular dan di Kedah, permintaan pelancong domestik atau antarabangsa untuk mengunjungi inap desa semakin meningkat. Dari segi definisinya, inap desa bererti rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada para pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel atau calet di sesetengah tempat khususnya di pedalaman atau luar bandar yang mempunyai tarikan pelancongan.

Ia juga menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk kampung tradisional yang mengusahakannya. Menerusi kaedah ini, para pelancong boleh tinggal di rumah kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan selain menerokai keunikan, keindahan dan suasana alam sekitar di kampung itu.
Di Kedah, rumah-rumah yang dijadikan inap desa berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana terdapat permintaan tinggi dari kalangan pelancong.  Inap desa sebenarnya ialah rumah-rumah di sesuatu perkampungan produk pelancongan menarik yang perlu dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan dan ia amat membantu industri pelancongan negara berkembang.
Di Kedah, terdapat tiga perkampungan tradisional yang popular sebagai inap desa iaitu Homestay Desa Keda, Ulu Legong,  Homestay Kampung Jeruju, Jerlun dan Homestay Wang Tok Rendong, Langkawi.


1) Homestay Desa Keda, Ulu Legong
         
Desa ini terletak kira-kira 6km dari Pekan Kampung Lalang dan 19km dari Pekan Baling. DesaKeda Ulu Legong adalah sebuah perkampungan penempatan semula yang tersusun di bawah program Pembangunan Kampung Tradisional dan Desa ini merupakan Desa pertama yang dibina di zon V (Baling) ini. Sedikit info bagi anda yang ingin merasai pengalaman di Inap Desa Keda.





Pengangkutan:
Pergi balik dari airport - Homestay

Makanan:
Sarapan / Makan tengahari /Makan malam

Aktiviti:
1) Berkelah di Ulu Legong Hot Spring, Lata Gading dan Sungai Angkat, 
2) Lawatan ke Kolam Udang
3) jungle trekking dan ekspedisi mendaki gunung 
4) Demonstrasi silat dan persembahan kebudayaan
5) Pengalaman memasak makanan tradisional

Hubungi:
Homestay KEDA, Ulu Legong, Baling 
Pejabat 4P Desa Keda, Ulu Legong, 09100
Baling
Kedah
04-4701485

2) Homestay Kampung Jeruju, Jerlun
Inap desa Kampung Jeruju terletak tiga kilometer dari Pekan Jerlun dan 25 kilometer dari bandar raya Alor Setar. Mengikut sejarah, nama Kampung Jeruju diambil bersempena pokok-pokok jeruju yang digunakan untuk tujuan perubatan pada masa dahulu. Antara keistimewaan yang menjadi tarikan pelancong di inap desa Kampung Jeruju ialah aktiviti adat istiadat perkahwinan, pemprosesan kuih tradisional, persembahan kesenian rakyat dan permainan tradisi seperti sepak raga. 








Pakej:
2 hari 1malam (RM120)
3 hari  2 malam (RM150.00) 

Makanan:
Sarapan / Makan tengahari /Makan malam

Aktiviti:
1) Aktiviti tradisional tempatan
2) Istiadat perkahwinan
3) Persembahan silat dan tarian 
4) Demonstrasi membuat wau
5) Lawatan ke Muzium Padi

Hubungi:
En. Rosli bin Ahmad
Tel: +604-794 0263
Fax: +604-794 7372
Email: 
agrotourism@mada.gov.my
Address: Homestay Kampung Jeruju,Pertubuhan Peladang Semangat Baru MADA F II Jerlun 06150 Ayer Hitam, Kedah

3) Homestay Wang Tok Rendong, Langkawi
Antara keistimewaan yang terdapat di Homestay Wang Tok Rendong, Langkawi. termasuk perkahwinan aktiviti istiadat, pemprosesan kuih-muih tradisional, persembahan kesenian dan permainan tradisional. Tambahan pula, disini juga menyediakan pakej pelancongan ke tempat-tempat termasuk Gunung Keriang, Kota Kuala Muda dan Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad. Pakej ini juga termasuk lawatan ke aktiviti pertanian. Terdapat juga pakej lawatan ke Muzium Padi, projek ikan dalam sangkar dan projek ternakan ikan, fidlot lembu dan penyediaan kompos, ICT Centre CDC C-II, KERPAN dan Pusat Maklumat Pertanian. Terdapat aktiviti seperti persembahan kebudayaan, melawat ke kilang gamat, trekking, memancing, membeli-belah.


Pakej:
2 hari 1malam (RM120)
3 hari  2 malam (RM150.00) 

Makanan:
Sarapan / Makan tengahari /Makan malam

Aktiviti:
1) Aktiviti memancing
2) Istiadat perkahwinan
3) Persembahan permainan tradisonal dan tarian 
4) Demonstrasi membuat kuih muih tradisional
5) Lawatan ke Muzium Padi, Kilang gamat dan rumah kelahiran Tun M

Hubungi:
En. Mokhtar bin Shabudin
Tel: +6012-5206132
Fax: 
Email: 
langkawihomestay@yahoo.com
Address: Homestay Desa Wang Tok Rendong, No.102 Perumahan KEDA Wang Tok Rendong Jalan Air Hangat 07000 Kuah, Langkawi Kedah. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan